Apabila kesakitan datang menjengah, perkara pertama
yang terlintas difikiran ialah mencari penawar kepada kesakitan itu. Tetapi pernahkah kita terfikir mengapa
penyakit itu datang menyerang kita?
Sesungguhnya Allah tidak akan mendatangkan sesuatu penyakit kepada
manusia melainkan ianya adalah suatu peringatan dan supaya kita mencari hikmah
di sebaliknya.
Penyakit adalah satu musibah atau bencana. Ia muncul tanpa diduga dan kesannya juga
tidak dapat diduga; hatta penyakit itu pada awalnya dianggap sakit ringan
tetapi berakhir dengan kematian.
Definisi
Wikipedia mendefiniskan bencana sebagai impak suatu bahaya semula jadi atau buatan manusia yang memberikan kesan negatif kepada masyarakat atau alam semula jadi.
Manakala definisi penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau
berhubung rapat dengannya.
Kategori
Penyakit
Secara umumnya penyakit terbahagi kepada dua iaitu
penyakit jasmani dan penyakit rohani.
Penyakit jasmani adalah sesuatu yang boleh dirasai oleh tubuh, dapat
dikesan dengan peralatan seperti suhu badan, ketumbuhan, tekanan darah, degupan
jantung dan ujian darah. Penyakit
fizikal meninggalkan kesan kepada pesakit seperti lemah badan dan pemikiran,
kecacatan organ dan sistem tubuh.
Penyakit rohani pula adalah sesuatu yang tersembunyi, yang hanya dapat dirasai oleh penderitanya sahaja tetapi tidak dapat dikesan dengan peralatan perubatan yang canggih. Penyakit ini boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti gangguan makhluk halus, penggunaan jin dalam perubatan tradisional dan juga tekanan perasaan yang tidak terurus.
PENYEBAB
TURUNNYA BENCANA PENYAKIT
Sebuah buku mengenai perubatan bertajuk “Mengelak Dari
Bala - Berubat Menurut Al-Quran & As-Sunnah” yang diterjemah
daripada kitab “Raf’ul Bala” Wa
Mu’alajatul Mashaib” karangan Syeikh
Muhammad bin Syayi’ bin Abdul Aziz (terjemahan Aunur Rafiq & Munirul
Abidin), terdapat lima punca
kepada penyebab penyakit.
Lima penyebab penyakit adalah:
1 Mengenepikan/meninggalkan Al-Quran
2. Berpaling daripada mengingati Allah.
3. Pengangguran/luang masa (bermalas-malasan
untuk bekerja/beribadah).
4. Memakan barang haram.
5. Lalai mengingati kematian
Kita
akan membincangkan kelima-lima penyebab penyakit ini dari segi jasmani dan
rohani. Semua penyakit yang dihidapi
oleh manusia akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan kepada sifat jasmani dan rohani pesakit ketika sakit
mahupun selepas sembuh.
1.
MENGENEPIKAN/MENINGGALKAN AL-QURAN
Dalam Surah Al-Furqan ayat 30 Allah berfirman:
“Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah
menjadikan A-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.”
Menurut Ibnu Qayyim Rahimullah,
mengenepikan Al_Quran bermaksud:
· Tidak mengambil berat untuk mendengar,
mengimani dan menyemaknya.
· Tidak mengamalkan perintah halal dan haram
yang dinyatakan dalam Al-Quran meskipun telah membaca dan mengimaninya.
· Tidak mengambil berat untuk merenung,
memahami dan mengetahui apakah yang Allah maksudkan dalam ayat-ayatNya.
· Tidak tertarik dan yakin untuk berubat
dengannya sedangkan Allah telah memberitahu bahawa ayat-ayat Al-Quran itu mengandungi penawar untuk
merawat penyakit.
Oleh
kerana manusia tidak lagi mempedulikan Al-Quran, maka pelbagai bencana penyakit
telah diturunkan akibat kedegilan manusia menegakkan hukum halal dan haram
dalam pemakanan, pergaulan, perdagangan, pentadbiran negara, politik dan
bersosial.
Lebih
dahsyat lagi manusia yang sakit ini telah mencari rawatan dengan keyakinan
terhadap kemampuan manusia sahaja dengan pengabaian terhadap penawar yang
paling mujarab iaitu Al-Quran. Mari kita
lihat pernyataan Allah mengenai penawar yang ada dalam Al-Quran sebagaimana
firmanNya dalam Surah Al-Israa’ ayat 82 :
“Dan kami turunkan dengan
beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak
menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan
kerugian jua.”
2.
BERPALING
DARIPADA MENGINGATI ALLAH
Firman
Alah dalشm
surah Al-Zukhruf ayat 36:
"Dan sesiapa yang tidak
mengindahkan pengajaran (A-Quran yang diturunkan Allah) Yang Maha Pemurah, Kami
akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah
syaitan itu temannya yang tidak langsung rengang daripadanya."
Jelas,
Alllah telah mengingatkan manusia supaya sentiasa berzikir kepadaNya
(mengingatiNya) supaya dijauhkan daripada
gangguan syaitan. Apabila syaitan
telah menjadi pendamping manusia, maka tidak hairanlah ramai manusia telah
mengidap penyakit yang tidak dapat dikesan melalui perubatan moden yang serba
canggih.
Syaitan
itu adalah makhluk yang sentiasa berusaha menyesatkan dan menyakitkan manusia
dengan memasuki aliran darah dan merosakkan sistem tubuh manusia. Manusia tidak menyedarinya sehinggalah suatu
ketika mereka merasa kehilangan upaya dan lemah jiwa akibat gangguan makhluk
halus itu tadi.
Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib
telah menyatakan dengan jelas akibat membelakangkan Allah dalam urusan hidup.
Rasulullah
telah bersabda: “Jika umatku melakukan lima belas perkara maka mereka akan
ditimpa bencana”. Ditanyakan apakah itu
wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
“Iaitu jika:
- Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
- Zakat dijadikan hutang
- Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
- Anak derhaka terhadap ibunya
- Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
- Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
- Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
- Arak sudah diminum secara berleluasa.
- Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
- Para artis-artis disanjung-sanjung.
- Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
- Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka
pada saat itulah mereka akan ditimpa penyakit yang belum pernah menimpa
generasi sebelumnya ataupun mereka akan ditimpa kerendahan dan kehinaan”.
Hadis ini memberi amaran bahawa bencana akan menimpa manusai
jika mereka mengabaikan zikrullah dalam urusan hidup seharian. Pada hari ini kita melihat pelbagai penyakit
kronik menyerang manusia seperti AIDS, pelbagai jenis kanser, penyakit kelamin
dan gangguan mental.
3.
PENGANGGURAN/LUANG
MASA (Bermalas-malasan untuk bekerja/beribadah)
Hadis
yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari menjelaskan kerugian kerana sikap pemalas:
Dari
Ibnu Abbas r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, dua nikmat yang di dalamnya
ramai manusia mengalami kerugian, iaitu sihat dan waktu luang (menganggur).”
Allah
memerintahkan manusia supaya tidak berhenti atau malas daripada menyembahNya
sehinggalah datang ajal sepertimana firmaNya dalam surah Al-Hijr ayat 99.
“Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini
(ajal).”
Kemalasan
bekerja mendorong berlakunya jenayah dalam masyarakat seperti kecurian,
rompakan, penipuan dan menimbulkan penyakit sosial yang sangat dipandang ringan
iaitu meminta sedekah tanpa segan dan silu walaupun berbadan tegap dan masih
muda.
Waktu
terluang tidak diisi dengan ibadah/berzikir tetapi dipenuhi dengan aktiviti menonton
rancangan TV yang tidak membina daya intelek, bersantai di pantai dan
berasak-asak di pusat membeli belah sekadar “window shopping” atau menyibukkan
diri di konsert-konsert artis pujaan.
Akibat
aktiviti hidup yang tidak sihat inilah munculnya penyakit sosial yang paling
dahsyat iaitu pergaulan seks bebas yang berakhir kepada kelahiran anak-anak zina,
pengguguran janin dan pembuangan bayi yang tidak dikehendaki ini.
Menular
pula penyakit AIDS yang akhirnya merosakkan sistem masyarakat kerana jangkitan
yang tidak terkawal dan tidak disengajakan melalui perkahwinan kerana tidak
menyedari bahawa pasangan yang dinikahi adalah pengidap AIDS.
Maka
benarlah sepertimana kata-kata Imam Shafie: “Jika kamu tidak menyibukkan diri
dengan kebenaran maka kamu akan menyibukkan diri dengan kehinaan.”
4.
MEMAKAN
BARANG HARAM
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 172:
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang Kami turunkan kepadamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadah kepadaNya."
Seluruh sistem tubuh manusia terbentuk daripada makanan
yang dimakan. Makanan pula mempengaruhi
sistem tubuh seperti sistem tulang, sistem darah, sistem imuniti, pembinaan sel
dan kesihatan kulit. Makanan yang halal
bukan sekadar halal dari sudut sumbernya sahaja iaitu selain daripada anjing
dan babi dan keturunan keduanya, tetapi juga halal daripada sudut syari’e.
Konsep
Halalan Toyyibah
Halalan Toyyibah bermaksud dibenarkan atau tidak
dilarang, baik dan diperolehi daripada sumber yang asli. Konsep ini menekankan bahawa sesuatu makanan
itu mestilah halal dan suci dari segi fizikal dan juga sumber. Syarat untuk menjadikan sesuatu makanan itu
halal lagi toyyibah antara lain ialah:
·
Berpunca daripada tumbuhan atau haiwan yang
dibenarkan oleh syarak untuk dimakan.
· Dilakukan penyembelihan mengikut hukum syarak kepada haiwan kecuali ikan dan belalang.
· Haiwan yang diternak tidak dizalimi seperti kurungan yang sempit, kotor, diberi makanan yang haram, disuntik untuk menggemukkannya sehingga sukar berdiri dan berjalan.
· Haiwan ternakan tidak disekat kebebasannya untuk bergerak dan berkelamin.
· Haiwan atau ternakan yang tidak mengandungi genetik terubahsuai (Genetic Modified Food).
· Tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keracunan kepada sistem tubuh seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan.
· Dilakukan penyembelihan mengikut hukum syarak kepada haiwan kecuali ikan dan belalang.
· Haiwan yang diternak tidak dizalimi seperti kurungan yang sempit, kotor, diberi makanan yang haram, disuntik untuk menggemukkannya sehingga sukar berdiri dan berjalan.
· Haiwan ternakan tidak disekat kebebasannya untuk bergerak dan berkelamin.
· Haiwan atau ternakan yang tidak mengandungi genetik terubahsuai (Genetic Modified Food).
· Tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keracunan kepada sistem tubuh seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan.
Kesan pemakanan kepada pembentukan tubuh badan dan
rohani sangatlah besar. Imam Al-Ghazali
berkata:
“Jika kita inginkan anak yang soleh, bijaksana dan
berguna, berikanlah ia dengan rezeki yang halal sejak lahir. Makanan yang halal akan menjadikan mental
mereka pintar dan fizikal yang cergas.
Sebaliknya anak akan menjadi derhaka jika diberi makan yang haram dan
kotor.”
Penyakit akan hadir dalam tubuh badan apabila makanan
yang diambil tidak mengandungi zat yang seimbang, bertoksid akibat kandungan
bahan kimia seperti bahan pengawet, perasa dan pewarna, disediakan melalui
proses pengetinan, dimasak keterlaluan hingga memusnahkan kandungan zatnya dan
penyediaan di premis yang kotor.
“Kita adalah apa yang kita makan”. Sering kita mendengar hujah ini tetapi adakah
kita menyedarinya? Nabi bersabda yang bermaksud perut adalah punca segala penyakit. Maka memakan makanan yang haram dari segi
sumber perolehannya juga menyumbang
pelbagai penyakit kepada manusia.
5.
LALAI
MENGINGATI KEMATIAN
Kematian
adalah sesuatu yang pasti. Apabila
hakikat kematian dilupakan, bererti manusia telah bersikap lalai terhadap
penciptaNya. Orang yang lalai akan mudah
ditimpa bencana. Bencana wujud dalam
pelbagai bentuk seperti kesakitan, keresahan jiwa, banjir, kemarau dan
kemusnahan tanaman dan ternakan. Allah
berfiman dalam surah Al-Baqarah ayat 155.
Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman; dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda
bermaksud: “Berdoalah kepada Allah dan yakinlah bahawa Allah akan
mengabulkan. Ketahuilah bahawa Allah
tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai.”