SELAMAT DATANG.


Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:
"Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah."

Sabtu, 19 Februari 2011

SISTEM ENDOKRIN

Bayangkan jika tubuh badan tidak cukup hormon tumbesaran, kita tidak akan membesar, kita akan jadi orang kerdil. Bayangkan jika tubuh badan kita tidak mempunyai hormon kejantinaan, kita tidak akan dapat nikmat terbentuknya sifat-sifat kejantinaan yang diimpikan dan tidak dapat nikmat mempunyai zuriat. Bayangkan tyroid tidak menghasilkan hormon, kita akan mendapat gangguan pada leher dan berlaku pereputan tulang, manakala zat yang dimakan tidak akan dapat diserap. Bayangkan pankreas kita tidak boleh menghasilkan insulin dan glukogen, darah akan tercemar kerana gula dan lemak tidak dapat dicerna. 

Sistem endokrin ialah nikmat yang dianugerah oleh Pencipta yang Maha Bijaksana; bijaksana kerana terperincinya sistem yang mengawal tubuh badan manusia. Terperincinya adalah tanda Dia sayang apa yang diciptakan ini. Lihatlah sistem ini mengkoordinasi aktiviti tisu seluruh tubuh manusia tanpa ada kurang atau cacat celanya.

Sistem ini bertindak dengan perantaraan berbagai-bagai jenis hormon (amino asid atau steroid) yang dirembes oleh pelbagai kelenjar hormon.  Hormon dirembes pada waktu tertentu dan pada kadar tertentu untuk bertindak pada organ tertentu pada satu jarak yang jauh dari tempat penghasilannya. Hormon selalunya bertindak dengan penerima yang khusus di atas atau di dalam sel tersebut.

Sistem Endokrin dan Eksokrin

Endokrin: berfungsi merembeskan hormon kedalam saluran darah atau kaviti badan.
Eksokrin:  berfungsi merembeskan hormon diatas kulit atau lapisan dalam sistem pencernaan atau pernafasan.

Organ Utama Sistem Endokrin: Pituitary.
Pituitary adalah organ utama dalam sistem endokrin.  Ia berhubung rapat dengan Otak Hypothalamus bagi menjaga tumpuan terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan manusia seperti tidur, makan dan belajar.  Bayangkan jika manusia tidak dapat nikmat tidur, apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada hubungan antara otak hypothalamus dan pituitary ini? Inilah petanda bahawa sistem endokrin ini sedang mengalami masalah.

Pituitary yang sihat berfungsi mengawal tindakan kelenjar-kelenjar:
i.    Pineal
ii.   Thymus
iii.  Thyroid
iv.  Parathyroid
v.   Adrenal
vi.  Pancreas
vii. Ovary/Testis

Kelenjar-kelenjar ini bergantung kepada fungsi organ utama, pituitary. Organ utama adalah ketua yang mentadbir orang bawah, jadi untuk membetulkan orang bawah, berurusanlah dengan ketuanya terlebih dahulu, maka orang atas tahu apa yang perlu dibuatnya. Tetapi jika ketua pun tidak dapat mengenal orang bawah, mustahil masalah orang bawah dapat diselesaikannya. Begitulah juga jika kita mahu mengembalikan fungsi sistem endokrin yang bermasalah itu, maka yang perlu dirawat adalah pituitary iaitu punca bermulanya masalah.

Attitude Therapy sentiasa merawat dengan menggunakan pendekatan merawat punca masalah terlebih dahulu walaupun penyakit itu kelihatan parah dan perlu diberi rawatan segera.  Contohnya jika seseorang itu menghidapi sakit tyroid yang kronik, jika punca masalah penyakit tyroid itu datang daripada kelemahan pituitary, maka rawatan awalnya ialah merawat pituitary itu terlebih dahulu.  

p.s.: Artikel ini dipetik dan disesuaikan dengan izin daripada http://professionalpractitioner.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan