SELAMAT DATANG.


Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:
"Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah."

Jumaat, 18 Februari 2011

PUNCA SAKIT BELAKANG

Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak dan di hubungkan ke organ melalui tulang belakang. Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui ruas yang khusus untuk organ tersebut (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja. Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.

Punca Sakit Tulang Belakang

Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang. Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberikan tekanan rendah di kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut. Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.

Rawatan Sakit Tulang Belakang

Sebenarnya apabila seseorang mengalami sakit tulang belakang, ia disebabkan oleh kelemahan sesuatu organ yang berhubung dengan ruas tulang tersebut. Oleh itu, rawatan untuk mengatasi simptom sakit tulang belakang ialah dengan merawat organ yang lemah.

Jika organ yang berkaitan dengan sistem penghadaman terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Thoracic. Jika organ bahagian usus, tulang dan organ pembiakan terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Lumbar dan Sacral. Sebenarnya belakang tengkuk juga terdapat tulang belakang. Tulang belakang tengkuk ialah Cervical. Jika seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah 
 atau masalah Tyroid  maka belakang tengkuknya akan merasa sakit, tetapi ia tidak dipanggil sakit belakang. Antara organ yang lemah yang menjadi punca kepada sakit tulang belakang ialah hati, perut & limpa, buah pinggang, hempedu dan pankreas.

Gambar rajah di bawah menunjukkan bahagian yang terasa sakit yang dikaitkan dengan sesuatu organ.

Organ yang lemah boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada ruas atau bahagian tulang belakang yang terjejas. Gambar rajah di sebelah kanan menunjukkan gambaran organ yang berhubung dengan sesuatu ruas di tulang belakang:

Kesimpulannya ialah apabila organ di bahagian hadapan mengalami sesuatu kelemahan, maka bahagian belakang yang akan mengalami kesakitan. Selagi organ yang lemah tidak dirawat, maka sakit belakang tidak akan pulih walaupun melalui pelbagai rawatan termasuk pembedahan.
Slipped Disk

Organ hati dan perut mengawal karektor daya pemikiran, limpa mengawal karektor penerimaan dan rasa penganiayaan, hempedu mengawal karektor kemarahan dan ketegasan, buah pinggang mengawal karektor citarasa dan kecerewetan, pankreas mengawal karektor dendam dan keperihatinan terhadap orang lain.

Kelemahan mana-mana antara organ atau kesemua organ yang disebutkan ini akan menyebabkan lebih daripada satu ruas serta rawan (disk) di antaranya menjadi lemah.

Sakit belakang adalah berpunca daripada lemahnya sesuatu organ ini, tetapi dengan pemikiran yang negatif, kesakitan ini akan bertambah parah. Sekiranya seseorang itu sering memikirkan penganiaan yang berlaku terhadap dirinya secara berulang-ulang kali dalam keadaan marah serta dendam yang kesumat, diikuti pula dengan rasa tidak selesa, maka tekanan rendah akan menjadi paling maksimum dan melemahkan struktur fikizal ruas dan yang paling terjejas ialah rawan (disk) di antara tulang belakang. Jika struktur yang lemah terganggu dengan sesuatu kecederaan atau kemalangan seperti terjatuh, mengangkat beban yang berat, terhentak dan sebagainya, ia boleh menyebabkan fenomena yang dipanggil Slipped Disk. Slipped Disk ialah kemuncak kepada sakit tulang belakang.

Disk yang rosak boleh pulih dan tumbuh semula seperti normal. Slipped Disk boleh dihindari sekiranya kita mengamalkan sifat tenang, ikhlas, sabar dan redha.  



Gambar rajah di sebelah kiri menunjukkan saraf (diwarnakan kuning) yang berhampiran dengan disk (diwarnakan merah). Gambar rajah di sebelah kanan menunjukkan disk yang tergelincir masuk ke kawasan saraf dan telah menyekat atau menjejaskan saraf, yang merupakan punca kesakitan.
p.s.  Artikel ini dipetik dan disesuaikan dengan izin daripada http://rawatankesihatan.com/2007/07/sakit-belakang.html 

1 ulasan:

  1. Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
    Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
    ✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
    ✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
    ✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
    ✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

    BalasPadam