SELAMAT DATANG.


Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:
"Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah."

Sabtu, 19 Februari 2011

SISTEM ENDOKRIN

Bayangkan jika tubuh badan tidak cukup hormon tumbesaran, kita tidak akan membesar, kita akan jadi orang kerdil. Bayangkan jika tubuh badan kita tidak mempunyai hormon kejantinaan, kita tidak akan dapat nikmat terbentuknya sifat-sifat kejantinaan yang diimpikan dan tidak dapat nikmat mempunyai zuriat. Bayangkan tyroid tidak menghasilkan hormon, kita akan mendapat gangguan pada leher dan berlaku pereputan tulang, manakala zat yang dimakan tidak akan dapat diserap. Bayangkan pankreas kita tidak boleh menghasilkan insulin dan glukogen, darah akan tercemar kerana gula dan lemak tidak dapat dicerna. 

Sistem endokrin ialah nikmat yang dianugerah oleh Pencipta yang Maha Bijaksana; bijaksana kerana terperincinya sistem yang mengawal tubuh badan manusia. Terperincinya adalah tanda Dia sayang apa yang diciptakan ini. Lihatlah sistem ini mengkoordinasi aktiviti tisu seluruh tubuh manusia tanpa ada kurang atau cacat celanya.

Sistem ini bertindak dengan perantaraan berbagai-bagai jenis hormon (amino asid atau steroid) yang dirembes oleh pelbagai kelenjar hormon.  Hormon dirembes pada waktu tertentu dan pada kadar tertentu untuk bertindak pada organ tertentu pada satu jarak yang jauh dari tempat penghasilannya. Hormon selalunya bertindak dengan penerima yang khusus di atas atau di dalam sel tersebut.

Sistem Endokrin dan Eksokrin

Endokrin: berfungsi merembeskan hormon kedalam saluran darah atau kaviti badan.
Eksokrin:  berfungsi merembeskan hormon diatas kulit atau lapisan dalam sistem pencernaan atau pernafasan.

Organ Utama Sistem Endokrin: Pituitary.
Pituitary adalah organ utama dalam sistem endokrin.  Ia berhubung rapat dengan Otak Hypothalamus bagi menjaga tumpuan terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan manusia seperti tidur, makan dan belajar.  Bayangkan jika manusia tidak dapat nikmat tidur, apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada hubungan antara otak hypothalamus dan pituitary ini? Inilah petanda bahawa sistem endokrin ini sedang mengalami masalah.

Pituitary yang sihat berfungsi mengawal tindakan kelenjar-kelenjar:
i.    Pineal
ii.   Thymus
iii.  Thyroid
iv.  Parathyroid
v.   Adrenal
vi.  Pancreas
vii. Ovary/Testis

Kelenjar-kelenjar ini bergantung kepada fungsi organ utama, pituitary. Organ utama adalah ketua yang mentadbir orang bawah, jadi untuk membetulkan orang bawah, berurusanlah dengan ketuanya terlebih dahulu, maka orang atas tahu apa yang perlu dibuatnya. Tetapi jika ketua pun tidak dapat mengenal orang bawah, mustahil masalah orang bawah dapat diselesaikannya. Begitulah juga jika kita mahu mengembalikan fungsi sistem endokrin yang bermasalah itu, maka yang perlu dirawat adalah pituitary iaitu punca bermulanya masalah.

Attitude Therapy sentiasa merawat dengan menggunakan pendekatan merawat punca masalah terlebih dahulu walaupun penyakit itu kelihatan parah dan perlu diberi rawatan segera.  Contohnya jika seseorang itu menghidapi sakit tyroid yang kronik, jika punca masalah penyakit tyroid itu datang daripada kelemahan pituitary, maka rawatan awalnya ialah merawat pituitary itu terlebih dahulu.  

p.s.: Artikel ini dipetik dan disesuaikan dengan izin daripada http://professionalpractitioner.blogspot.com

Tips Pengambilan Protin

Protin merupakan sumber nutrin terpenting kepada pembentukan sel-sel tubuh terutamanya bagi tumbesaran kanak-kanak.  Bagi orang dewasa pengambilan protin yang tidak terkawal boleh mengundang pelbagai jenis penyakit kronik.

Berikut adalah tip-tip bagi menghindari pengambilan protin yang berlebihan:
  • Ikan merupakan sumber protin terbaik kerana memiliki isotop yang stabil iaitu isotop 14.
  • Kurangkan pengambailan produk berasaskan soya bagi pesakit gout atau penghidap radang sendi.
  • Protin yang berpunca daripada daging merah boleh menyebabkan radang sendi seperti gout dan athritis yang teruk.
  • Protin yang gagal diproses oleh buah pinggang punca mata silau.
  • Jika pengambilan protin boleh dikurangkan kepada 20% sahaja daripada keperluan tubuh badan, ianya mampu merawat 80% daripada penyakit yang berpunca daripada pengambilan protin berlebihan.

Jumaat, 18 Februari 2011

BAHAN ASAS DALAM PRODUK ATTITUDE THERAPY


Produk Attituded Therapy menggunakan minyak zaitun, madu dan aroma sebagai bahan asas.   Produk ini dipertenagakan pula dengan getaran/gelombang/aura cahaya, warna dan bunyi yang ditanam (beam) ke dalam adunan bahan asas ini. Produk ini diperkuatkan lagi dengan dimasukkan pula getaran bacaan 30 juzuk Al-Quran, Ayat Manzil dan Ayat-ayat Syifaq.

Penggunaan Bahan Asas

1.  Mengapa Minyak Zaitun?  



Kehebatan minyak zaitun dijelaskan dalam Al_Quran Surah An-Nur Ayat 35 (Quran 24:35).

Maksudnya:
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." 

Minyak zaitun adalah minyak segala minyak kerana itulah ianya digelar sebagai "emas cair".  Oleh sebab itu minyak zaitun digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif pada hari ini terutamanya dalam kaedah perubatan islam.

2.  Mengapa madu?

Seperti juga minyak zaitun, madu juga diceritakan dalam Al-Quran melalui surah Al-Nahl ayat 68-69 (Quran 16:68-69):
 Bermaksud:
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)".

Madu merupakan penawar asli kepada segala jenis penyakit hatta kepada pengidap kencing manis sekalipun!  Penemuan penyelidikan perubatan moden di dunia juga mendapati madu sangat baik digunakan sebagai bahan antibiotik, merawat luka dan membantu kecergasan minda.

3. Apakah Aroma?

Aroma adalah bau dari haruman bunga dan buah-buahan yang dihasilkan daripada minyak pati tumbuhan itu sendiri.  Antara  tumbuhan yang mengeluarkan minyak pati ialah bunga ros, bunga lavender, limau, cengkih dan pokok pine.

Minyak aroma boleh didapati daripada semua bahagian tumbuhan iaitu daripada bijian, kulit buah, daun & pucuk muda, putik buah, dahan dan kayu pokoknya.  

Sejarah perubatan aromatherapy membuktikan bahawa minyak  aroma digunakan secara meluas untuk merawat luka dan kecederaan askar-askar yang berperang dalam peperangan dunia kedua. Minyak pati aroma digunakan untuk meredakan kesakitan, merawat tekanan perasaan dan penyakit Alzhemier.  Ia juga digunakan sebagai bahan antimikrob.




PUNCA SAKIT BELAKANG

Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak dan di hubungkan ke organ melalui tulang belakang. Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui ruas yang khusus untuk organ tersebut (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja. Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.

Punca Sakit Tulang Belakang

Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang. Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberikan tekanan rendah di kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut. Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.

Rawatan Sakit Tulang Belakang

Sebenarnya apabila seseorang mengalami sakit tulang belakang, ia disebabkan oleh kelemahan sesuatu organ yang berhubung dengan ruas tulang tersebut. Oleh itu, rawatan untuk mengatasi simptom sakit tulang belakang ialah dengan merawat organ yang lemah.

Jika organ yang berkaitan dengan sistem penghadaman terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Thoracic. Jika organ bahagian usus, tulang dan organ pembiakan terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Lumbar dan Sacral. Sebenarnya belakang tengkuk juga terdapat tulang belakang. Tulang belakang tengkuk ialah Cervical. Jika seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah 
 atau masalah Tyroid  maka belakang tengkuknya akan merasa sakit, tetapi ia tidak dipanggil sakit belakang. Antara organ yang lemah yang menjadi punca kepada sakit tulang belakang ialah hati, perut & limpa, buah pinggang, hempedu dan pankreas.

Gambar rajah di bawah menunjukkan bahagian yang terasa sakit yang dikaitkan dengan sesuatu organ.

Organ yang lemah boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada ruas atau bahagian tulang belakang yang terjejas. Gambar rajah di sebelah kanan menunjukkan gambaran organ yang berhubung dengan sesuatu ruas di tulang belakang:

Kesimpulannya ialah apabila organ di bahagian hadapan mengalami sesuatu kelemahan, maka bahagian belakang yang akan mengalami kesakitan. Selagi organ yang lemah tidak dirawat, maka sakit belakang tidak akan pulih walaupun melalui pelbagai rawatan termasuk pembedahan.
Slipped Disk

Organ hati dan perut mengawal karektor daya pemikiran, limpa mengawal karektor penerimaan dan rasa penganiayaan, hempedu mengawal karektor kemarahan dan ketegasan, buah pinggang mengawal karektor citarasa dan kecerewetan, pankreas mengawal karektor dendam dan keperihatinan terhadap orang lain.

Kelemahan mana-mana antara organ atau kesemua organ yang disebutkan ini akan menyebabkan lebih daripada satu ruas serta rawan (disk) di antaranya menjadi lemah.

Sakit belakang adalah berpunca daripada lemahnya sesuatu organ ini, tetapi dengan pemikiran yang negatif, kesakitan ini akan bertambah parah. Sekiranya seseorang itu sering memikirkan penganiaan yang berlaku terhadap dirinya secara berulang-ulang kali dalam keadaan marah serta dendam yang kesumat, diikuti pula dengan rasa tidak selesa, maka tekanan rendah akan menjadi paling maksimum dan melemahkan struktur fikizal ruas dan yang paling terjejas ialah rawan (disk) di antara tulang belakang. Jika struktur yang lemah terganggu dengan sesuatu kecederaan atau kemalangan seperti terjatuh, mengangkat beban yang berat, terhentak dan sebagainya, ia boleh menyebabkan fenomena yang dipanggil Slipped Disk. Slipped Disk ialah kemuncak kepada sakit tulang belakang.

Disk yang rosak boleh pulih dan tumbuh semula seperti normal. Slipped Disk boleh dihindari sekiranya kita mengamalkan sifat tenang, ikhlas, sabar dan redha.  



Gambar rajah di sebelah kiri menunjukkan saraf (diwarnakan kuning) yang berhampiran dengan disk (diwarnakan merah). Gambar rajah di sebelah kanan menunjukkan disk yang tergelincir masuk ke kawasan saraf dan telah menyekat atau menjejaskan saraf, yang merupakan punca kesakitan.
p.s.  Artikel ini dipetik dan disesuaikan dengan izin daripada http://rawatankesihatan.com/2007/07/sakit-belakang.html 

Khamis, 17 Februari 2011

MENGENALI BEKAM



Bekam merupakan salah satu daripada rawatan alternatif yang tertua di dunia. Keistimewaan bekam dalam islam ialah ia merupakan satu amalan perubatan yang dihadiahkan oleh Allah s.w.t. kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda menjalani peristiwa israj dan mikraj  lebih 1500 tahun dahulu.


Ini dijelaskan dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Tarmizi dari Ibnu Mas'ud Nabi bersabda yang bermaksud: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pada malam aku diisraj mijrakkan melainkan mereka 
berkata; Wahai Muhammad, perintahkan ummatmu untuk berbekam". 


Dalam hadis yang lain juga dinyatakan bahawa ketika nabi hendak kembali daripada israj dan mikraj, malaikat menyampaikan perintah Allah kepada nabi dengan berkata: "Ini hadiah dari Allah untuk untukmu".


Dari hadis di atas jelaslah bahawa kedudukan bekam dalam islam mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehingga penerimaan perintah berbekam kepada Rasulullah dilakukan di langit, tidak di bumi iaitu diselarikan dengan perintah untuk bersolat.


Kehebatan berbekam dinyatakan dalam hadis dari 'Uqbah bin Amir yang bermaksud "Rasullullah bersabda: ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu ada pada sayatan alat bekam atau minum madu atau membakar bahagian yang sakit.  Dan aku membenci pembakaran (sundutan api) dan tidak juga menyukainya".


Walaupun amalan berbekam telah wujud sejak zaman Mesir purba, kaedah berbekam dalam islam adalah berbeza dari segi konsep pelaksanaan dan adab-adabnya.  Berbekam menurut islam mestilah dimulai dan diakhiri dengan bacaan dan doa tertentu, kedudukan bahagian tubuh yang perlu dibekam dan masa-masa yang tertentu menurut kalender islam.  Bekam Sunnah adalah amalan Rasulullah s.a.w yang dilakukan pada bahagian tertentu sahaja sebagaimana yang diajar oleh baginda untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh dan menghindari gangguan makhluk halus.


Berbekam tidak terhad kepada bahagian tertentu sahaja tetapi boleh dilakukan pada semua bahagian tubuh yang sakit atau bermasalah kecuali bahagian-bahagian yang dilarang iaitu pada biji mata dan kemaluan.  Oleh itu banyak penyakit boleh dirawat dengan bekam iaitu sehingga 93 jenis penyakit!


Apakah Bekam?


Bekam dalam bahasa Arab disebut Al-hijamah yang bermaksud mengeluarkan darah kotor atau angin atau kedua-duanya secara langsung daripada tubuh badan melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu seperti tanduk, buluh, cawan dan lain-lain peralatan. 


Bekam pada hari ini tidak lagi menggunakan tanduk atau buluh tetapi telah dimajukan dengan penggunaan peralatan rawatan yang canggih seperti pen dan jarum penyucuk yang telah disteril, cawan bekam yang khas dengan pelbagai saiz, kapas lap berubat, krim antiseptik, tisu sebagai bahan pengesat darah, bahan pensteril untuk mencuci peralatan seperti Cidex, Hibitane, Cetfavlon, clorox atau dettol. Darah kotor juga dipam keluar dengan menggunakan pam tangan atau mesin pengepam menggantikan teknik menyedut dengan mulut seperti zaman dahulu.


Jenis-jenis Bekam


Ada 4 jenis bekam yang diamalkan iaitu:
  • Bekam kering atau disebut juga bekam angin iaitu berbekam tanpa mengeluarkan darah dari tubuh.
  • Bekam basah atau bekam darah iaitu cara bekam yang terbaik.
  • Alfashdu iaitu cara pembuangan darah dengan melakukan pembedahan pada saluran vena.
  • Bekam lintah iaitu menggunakan lintah untuk menyedut darah kotor di bahagian yang hendak dibekam.
Mengapa perlu berbekam dan apakah khasiatnya?  Ikuti pos seterusnya melalui blog ini dengan cara mudah iaitu mengisi borang langganan di sebelah kiri blog ini. Maklumat terkini akan dihantar terus ke emel anda!.

Sabtu, 5 Februari 2011

SALAM PERKENALAN


SALAM PERKENALAN : APAKAH DIA RAWATAN "ATTITUDE THERAPY"


"Attitude Therapy" bermaksud merawat sikap atau tingkah laku  individu yang mana akibat amalan atau sikap negatifnya telah menjadi punca atau penyebab kepada penyakit yang dialaminya.  Begitu juga sebaliknya, ketidakupayaan sesuatu organ atau kelemahan sesuatu fungsi organ akan menyebabkan berlakunya perubahan kepada tingkah laku seseorang individu.  Situasi ini umpama ayam dan telor, yang mana ianya saling berkait dan tidak dapat dipastikan manakah yang menjadi penyebab/punca penyakit dan yang mana pula menjadi penerima akibat/penghidap penyakit.

"Attitude Therapy" memegang falsafah bahawa: 
  • Akal/pemikiran boleh mengawal tindakan untuk bersikap positif ataupun negatif.
  • Sikap positif yang wajib diamalkan ialah Redho, Sabar, Ikhlas dan Syukur bagi mencapai keseimbangan karektor zahir dan batin.
  • Kesimbangan karektor membantu organ dan seluruh sistem tubuh berfungsi dengan lebih sempurna untuk kesihatan tubuh badan. 
  • Tubuh badan akan kekal sihat bila organ sentiasa bertenaga.  Organ akan bertenaga bila sikap sentiasa positif.
  • Sikap negatif walau sekecil manapun akan membuka ruang kepada kehadiran maisma/bakteria untuk membiak dalam organ dan sistem tubuh dan seterusnya mencipta penyakit akibat kelemahan organ dan sitem tubuh.
Kesimpulannya: 
 Sebagai manusia yang berakal, kita wajib mengawal sikap jika mahukan organ dan sistem tubuh sentiasa sihat.


Demikianlah penemuan oleh kajian "Attitude Therapy" yang akan dikongsikan di blog ini. Kupasan selanjutnya mengenai kaitan sikap dan penyakit akan dipaparkan dalam post-post seterusnya.  Oleh itu teruskan bersama blog ini untuk mendapatkan maklumat  mengenai penyakit dan punca penyakit serta kaedah merawatnya.